Koleksi Senjata Melayu

Berikut merupakan beberapa koleksi senjata yg aku ada  :)


Tekpi nie merupakan hadian hantaran kawin isteri tercinta untuk aku. 
Asal nk keris tapi xjumpa keris yg sesuai dibuat taji masa bertarung. Last2 amik tekpi.  :)



Seterusnya.. Cak Lengkong diberi nama.. Abg Kandung aku Abg Pali ada pair dapat dari guru beliau.. Tangan kanan dan kiri.. 
Memandangkan aku banyak tolong dia ngajar budak2 gelanggang jadi dihadiahkan sebelah buat guna dikala bencana.. InsyaAllah, aku tgh planning nk buat sarung dari tiang seri rumah.. doakan aku berjaya




Yang ini umurnya sudah lama.. Senjata tak bernama.. Tombak Daim aku namakannya...

Tok Daim
Alkisah.. Dibuat oleh siapa tidak terakam kerna lama. Dimilik moyang aku daim namanya. Seorang panglima pernah bertarung di tanah siam sana. Sekadar berdua berdayung sampan meredah samudra. Menang lalu pulang ketanah malaya. Dialah panglima... Bila komunis bermaharajalela. Datang kerumah tanpa disangka. Tok Daim melompat terkam dan lempang dimuka.. Berbuih2 mulut komunis menunggu masa ajal tiba..

Turun kepada menantu beliau Haji Ilias bin Abdul Aziz (Pak Ngah Ilias).. Apabila arwah meninggal dunia. Tombak dijaga oleh En Ibrahim Bin Hashim (Papa) dan Mama.. Papa nak beri tombak kepada satu2nya anak lelaki Pak Ngah Ilias iaitu En.Saifol Bin Ilias (Pak Pon).. Tetapi Pak Pon tak terima walaupun dalam hati betul2 mahukannya.. Pak Pon serahkan kepada Aku.. (Yazid Hadzrim). Sekarang tombak berada dalam simpanan saya..  Kayu asal dah ditukar kerana terlalu uzur dan lama.. Maybe PakPon bagi sebab nampak minat mendalam aku terhadap seni persenjataan melayu


Next is my Lancakun.. ataupun org penang panggil Lanjap...Org putih pulak panggil NunChucKs.. Senjata ni difemouskan oleh Bruce Lee... Sampai hari ni aku xtau best dia kat mana.. Tapi aku beli main jgk.. luKa2 jgk la ibu jari aku.. Lebam2 jgk la kepaLa dengan siku.... Bagi aku senjata ni sedap buat persembahan.. Walaupun x tajam nk park dalam kreta bleh kne tahan dgn polis jgk.. .. 
     Lancakun yg aku ada ni besi dan kayu






NEXT WEEK SPECIAL:
nantikan post terbaru aku minggu depan.. 
Pedang yang dah dimasukkan ilmu selempang merah.. Abg Aku punya.. Ntah pasaipa abg aku suruh tolong jaga... Next week ek aku upload..  hehee..